Khamis, 16 Mac 2017

Album Babylon - Babylon (1990) CD



Satu lagu rilisan semula dari Warner Music.. setelah Sweet Charity.. Lefthanded.. Ella.. kali ini giliran Babylon.. diriliskan dalam bentuk 2 dalam 1 bersama dengan album kedua mereka 2020.. dengan harga RM55 seunit dan limited 500 copies.. ia satu koleksi yang tak rugi untuk anda miliki.. nah apa tunggu lagi dapatkannya dipasaran sekarang!

Babylon (1990) terbitan semula 2017
No. Siri 5419725212
Diriliskan pada 26 Jun 1990
Diriliskan semula pada 10 Mac 2017
Terbitan dan edaran Warner Music Malaysia

Sumber audio diambil dari:-

Piring Hitam
- Saudara Dalam Rock (Remastered)
- Api Cinta (Remastered)
- Metal Fire (Remastered)
- Jambatan Remastered)
- Hanya Laluan Bagimu (Remastered)
- Dunia Konkrit (Remastered)
- Haruman Berbisa Remastered)
- Fight For Freedom (Remastered)

Kaset
- Tangan Gelojoh (Remastered)
- Suara Syaitan (Remastered)



Babylon adalah sebuah band berasal dari Kluang Johor.. mereka memainkan genre muzik hard rock dan heavy metal.. terdiri daripada Hassan sebagai gitaris.. Hussein vokalis.. Kamal bass dan Nahar sebagai drummer..

Dalam perjalanan karier mereka hanya menghasilkan 2 buah album sahaja.. album pertama mereka menggunakan khidmat M. Nasir sebagai penerbit.. rakaman album telah mula dijalankan pada penghujung tahun 1988 di King Studio.. proses untuk menyiapkan album ini mengambil masa yang begitu lama sehingga memakan masa hampir setahun.. kerana mereka mahukan album ini terbaik dari segala segi..

Ketika proses rakaman drummer asal mereka telah menarik diri lalu digantikan oleh Nahar bekas drummer kumpulan Sofea pada tahun 1989.. dengan memilih masa yang sesuai untuk melancarkan album ini.. mereka memutuskan untuk melancarkannya pada tahun 1990 dan album ini terjual hampir 50 000 unit..


Di dalam album ini memuatkan 2 buah lagu inggeris hasil ciptaan Hassan dan Hussein yg merupakan saudara kembar serta menjadi tulang belakang band ini yang banyak menghasilkan lagu-lagu.. 2 buah lagu inggeris yang dimuatkan di dalam album ini iaitu Metal Fire dan Fight For Freedom sememangnya merupakan lagu inggeris bertaraf antarabangsa.. dengan gaya riff gitar dan nyanyian mungkin bagi anda yang baru pertama kali mendengarnya akan menyangka ia adalah lagu rock inggeris luar negara.. kalau anda yang belum pernah mendengarnya.. cari kt youtube dan dengarlah sendiri..


Meskipun mereka merupakan sebuah band rock berirama berat.. mereka juga tidak lepas dari membawakan lagu-lagu cinta.. mungkin ini hanyalah alat untuk membawa mereka tembus di kaca tv dan radio.. dua buah lagu slow rock Api Cinta dan Jambatan pernah menyertai Muzik Muzik namun tersingkir.. mungkin lagu kurang lentok untuk menarik hati jiwa-jiwa mereka yang lentok.. kurang undi.. dan banyak band2 hebat dengan lagu2 lentok lalu mereka gagal untuk bersaing..

Bagi saya meskipun di dalam album ini lagu2 cintanya tak meleret sangat..  tak kisahlah kerana mereka memang tak mahu dikenali sebagai band rock kakak2 anda.. keseluruhan lagu di dalam ini memang goyang kepala dengar.. Hassan dengan gaya permainanan gitarnya yg penuh dengan riff sepanjang lagu.. beliau sememangnya antara gitaris2 terbaik dalam malaysia..

Dengar cerita Hassan tak puas hati dengan Warner Music pasal senyap2 dorg rilis semula album ni.. pasal dorg ada cipta lagu dalam album ni.. kerna pencipta lagu dan penulis lirik patut dibayar royalti dari hasil jualan album ni.. RM55 x 500 = RM27500.. untungnya siapa?


10 ulasan:

  1. Mana la band melayu ada lawyer, jangan cakap loyer, manager atau penasihat pun takde, jangan cakap lebih, logo band pun takde copyright. Masa Search 30 Tahun Larkin, aku cakap ngan organiser Awek tu, "besok malam konfirm banyak stall bukak jual tshirt dan merchandise Search kat luar pagar, patut Search dan orgsnise yang dapat komission jual ni semua bukan pirate", dia jawab "takpelah , melayu nak berniaga". Giler ke hapa, ni nak lungkupkan orang Melayu berseni penat2 , pirate yang bolot duit,
    Anyway Babylon - dulu kecoh kan, Babylon protect giler Black, pasal "kepala keretapi", kata Wings la tu. Tapi tak lama pun Black with them.
    Anyway, Amuk ni problematic dengan topeng dengan apa, aku tengok Amuk main, bersungguh orang cakap gitaris Babylon, mana aku tahu? Kat pentas dorang pakai mask

    BalasPadam
    Balasan
    1. artis bila tgk pirate ni jual.. mesti dlm hati rasa meluat je.. nak cakap susah xckp pun susah..
      Amuk ni dlu Kid search pun ade juin kan..rasanya era album hakikat

      Padam
  2. dah kluar ya album ni.aku ingat tak jadi rilis.tau jugak pasal hassan tak puas hati kt warner music pasal diorang rilis tak bagitau kat hasan.warner music pun at least bagitau la kat band member Babylon ni.apa salahnya kasi royalti sikit kat Babylon.

    BalasPadam
  3. Ooohh, Hakikat aku ada cd dia entqh kat gerobok mana entah, nanti aku carik balik nak baca inlay dia kot ada info aku miss out. Aku ada rakam bootleg satu show Amuk bila Hakikat baru keluar, dorang main kira lagu fresh dari album tu, tapi entah mana hilang. Kalau aku dapat balik, aku akan upload kat youtube. Amuk nyanyi "cinta ku bukan di atas kertas", siot.

    BalasPadam
  4. Royalti? Tak payah la, lu sudah glamour sudah cukup - ni kan yang tokey Warnada cakap kat kumpulan May masa problem royalti May dulu. Susah nak menang. Keturunan P Ramlee pun terkial2 hidup, apa lagi rock melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak jgk band kita dlu kena kencing dgn label.. bila dorg buat kontrak "artis tk akan dibayar royalti dari hasil penjualan album.. artis hanya akan mendapat royalti dari persembahan atas pentas.." dorg buat syarat camni pasal label tk yakin klu album tu laku... tp klu album laku yg rugi artis.. tak adil kan

      Padam
  5. wow 500 pcs saja, aku teringin beli ni, bajet pula lari harap2 sempatlah aku sambar sekeping.

    BalasPadam
  6. Dulu aku tak ambik tau sangat pasal band ni...memang tak pernah dengar lagunya...ni baru nak cuba...dah book dah...tapi tak ambik lagi...kumpul banyak2 sampai bankrap nak bayar...hahaha...

    BalasPadam
  7. Hahaha sama kita..book je lebihhh..sampai seller mcm x caya kita nak beli

    BalasPadam
  8. Dulu tak tahupun grup nie,..memang kalau dengar suara lagu Inggeris diorg, mesti ingat band dr barat

    BalasPadam