Sabtu, 25 Mac 2017

Album Wings - Belenggu Irama (1987) CD



Belenggu Irama merupakan album pertama Wings.. sebelum menjadi artis rakaman Wings telah pun dikenali ramai membuat persembahan2 pentas dalam tahun 1987.. mereka juga telah punya lagu sendiri untuk dipersembahkan sebelum merakamkan album.. antara lagu yg sering mereka bawakan adalah Belenggu Irama dan Sekeping Kertas Bermaruah.. melihat kepada bakat dan pakej yg ada pada mereka.. banyak syarikat rakaman yang baru nak up menawarkan kontrak.. namun akhirnya memilih ASP sebuah syarikat rakaman yg baru ditubuhkan dalam tahun 1987.. pada September 1987 mereka telah mengikat kontrak 2 tahun bersama ASP dan menjadi artis rock pertama ASP diikuti selepasnya oleh Sweet Charity 88..

Dengan memilih M. Nasir selaku penerbit.. rakaman lagu memuatkan lagu-lagu terpilih dan bersesuaian dengan pembawakan imej mereka.. mereka diberi peluang untuk menyumbangkan 5 buah lagu ciptaan sendiri.. dan selebihnya hasil ciptaan komposer seperti M. Nasir sendiri.. JS Kevin dan Usop Kopratasa.. setelah 2 bulan berkampung dalam studio akhirnya 10 buah lagu selesai dirakamkan..

Dengan memilih "Belenggu Irama" sebagai judul album.. album ini dilancarkan pada 6 Januari 1988.. mungkin ramai diantara kita yang menyangka album ini terbit pada tahun 1987.. kerana pada versi kaset ia ditulis 1987 disebabkan proses cetakan album dibuat pada tahun 1987.. jika kita lihat pada versi cakera padat keluaran NSR ini ia telah ditukar kepada 1988 mengikut tahun sebenar album ini dilancarkan..

Trivia: Album ini juga beserta dengan Hukum Karma pernah diriliskan julung kalinya dalam bentuk cakera padat pada tahun 1991 oleh NSR.. kedua cakera padat album Wings ini diterbitkan semula pada 2006 ketika demam rock kapak melanda semula negara..


Ketika album ini dilancarkan M. Nasir tidak menaruh harapan besar album ni boleh laris terjual.. kerana ketika itu telah banyak band2 besar dan berpengaruh seperti Search dan Lefthanded.. namun siapa tahu tuah Wings.. Wings mendapat tempat dihati pendengar dan penggemar muzik rock.. Belenggu Irama terjual hampir 60 ribu unit.. lagu yg menjadi hits ialah Intan Ku Kesepian.. Biarkan Berlalu dan Peronda Jaket Biru..

Tidak beberapa lama selepas itu gitaris mereka Sham mengundurkan diri dan digantikan sementara oleh Tham.. dalam mencari pengganti untuk gitaris tetap.. mereka telah memilih Joe dari kumpulan Scandals untuk rakaman album seterusnya.. Joe dipilih kerana pakej yg beliau ada sebagai gitaris kidal.. nanti bolehlah kata Wings pun hebat sama mcm Lefthanded kerana ada gitaris kidal..

Tanpa membuang masa projek untuk album kedua diteruskan dalam tahun yg sama.. pada 12 september 1988.. genap setahun Wings bersama ASP.. Hukum Karma dilancarkan dan terjual hampir 200 ribu unit.. dengan hadirnya Hukum Karma.. Wings yang baru setahun jagung telah dapat membuktikan mereka harus digeruni oleh band2 rock yg lebih dahulu dari mereka seperti Search.. Lefthanded dan Bloodshed..

Komen admin : bila Wings muncul dalam persada rock.. band rock lain pun goyang dibuatnya.. aku tgk mula dari sinilah band mcm Bloodshed pun dh kurang diberi perhatian.. pernah dalam satu show Bloodshed... penonton bwt tak tau aje dgn mereka.. agaknya masa tu fenomena Wings melanda negara..


11 ulasan:

  1. Thanks untuk info tarikh2 tu semua...apa yang aku ingat masa tu Arwah Juwie banyak tolong promosi Wings ni masa mula2 dulu kat suratkhabar mingguan malaysia....aku pun terpengaruh beli pasal dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wings suka manja dgn mama dlu..tu mama ske drog..hehe

      Padam
  2. Masa keluar then kat sekolah budak melayu sibuk pasal Jesus Christ ialah watak Belenggu Irama tu, aku terikat tanpa tali pasal tangan kena paku all that etc etc. Then tu jam, M Nasir masih pegang IC Singapore kot, so tu jam susah sikit dia carik makan kat Malaysia pasal lagu2 dia tak boleh masuk muzik2.. only masa pembikinan Braders later renamed JDA then dia masuk radio Singapore cakap "kat sana rumput lagi hijau". Tu jam dia baru tukar IC

    BalasPadam
    Balasan
    1. dlu aku sangka M. nasir asal kelantan..psl dlm KSJ..dia ckp dia dri kelantan..upenya asal singapore..

      Padam
  3. Siapa tahu, betulkah lagu Intanku Kesepian tu kena gam sbb lirik bahagian "Belum sempat aku memberi padamu" dll???

    Ada tak perbezaan audio utk cd versi 2006 dengan yg latest yg ada serial C/V1990 atas barcode (Belenggu Irama & Hukum Karma) ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg ade lgu dlm album ni dlu pernah kena gam jgk bro..tp x pastilah kot lagu intan tu kena gam..

      Maybe kot ade beza audio...pasal NSR ni skang ske amik rakaman2 yg asal...nti aku siasat

      Padam
    2. ok siasat bro...kalau ada 2 versi, cara cepat banding, jana dan cek je image spectrum..tq

      Padam
    3. Dah compare spectogram dgn CD Gold edition, audio yang sama...

      Padam
    4. Heheh...biasalah tu bro...mmg sama...pasal dorg nk bwt bisnes aje...bikin gold segala plus lgu wings live in paris...

      Padam
  4. Aku pun baru tau info album ni di riliskan.dulu aku ingat tahun 1987

    BalasPadam
  5. ada kaset dia je, belum beli lagi cd ni.. nak kumpul juga semua cd2 wings ni.

    BalasPadam